Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan yaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Suku kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran bayaran yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luar biasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah.
Akhirnya Syarm’un menceritakan rahasia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada siapapun dapat membahayakan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” cerita ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyiksanya sebelum dibunuh. Berbagai siksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah dan ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dari-Nya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dikabulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang kokoh tersebut dan sehingga menimpa dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya yang ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah S.W.T. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya.
Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul Qadar lebih disukai oleh Allah, berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain.
“Carilah dengan segala upaya mu malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan” . (HR. Imam Bukhori R.A).
Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).
Pada malam tersebut dengan izin Allah SWT, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Ta’ala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinarkegemilangan individu muslim untuk merebut surga Allah dalam kehidupan kekal abadi yaitu di akhirat.
“ Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara . Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar” (Surah al-Qadar: 15) .
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, yaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan.
Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.
Pendapat Ibnu Hazam mengenai malam Lailatul Qadar:
1. Jika Ramadhan 29 hari, maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam yang genap.
2. Jika Ramadhan genap 30 hari, maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam yang ganjil.
Apabila kamu mendapati malam Lailatul Qadar, maka bacalah do’a ini:
“Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni”
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku)”. (HR Tarmidzi)
Sumber: http://id.shvoong.com/

0 komentar on Kisah “LAILATUL QADAR” :
Post a Comment and Don't Spam!
terima kasih atas kunjungan anda...